Thursday 19 March 2009

GEJALA SAMSENG DI KALANGAN PELAJAR

Khutbah Jumaat hari ini di Masjid Negeri Kota Kinabalu menyentuh tajuk yang mengaitkan gejala samseng di kalangan murid-murid sekolah.
Amat malang sekali, gejala samseng ini menular di kalangan murid-murid yang tentunya dalam usia yang muda dan sedang mengalami proses pembelajaran. Siapa yang harus dipersalahkan apabila gejala ini menjadi budaya yang amat serius dan menjadi halangan kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
Khatib dalam khutbahnya menyentuh tentang peranan ibubapa dalam membentuk sikap anak-anak. Ibubapa mungkin keliru dan tertanya-tanya kenapa anak-anak ini apabila di rumah bersikap sopan tetapi di luar agresif tanpa kawalan. Pastinya pengajaran di sini membawa ibubapa melihat dan menilai semula bagaimana dan apakah kaedah yang digunakan ketika bersemuka dengan anak-anak. Mungkin perubahan wajar dilakukan terhadap cara pendekatan (approach) apabila ibubapa menyampaikan nasihat dan kata-kata kepada anak-anak. Biarlah barangkali proses dua hala berlaku di mana anak-anak diberi peluang untuk memberi pendapat mereka.
Ibubapa wajar bersikap responsif dan memahami keadaan psikologi dan sikap sosial yang dihadapi oleh anak-anak. Janganlah pula terjadi parah barulah tengadah.